-
Act 2022
-
07 June 2022
-
Administrator
-
Hits: 54


.jpg)
2 Jun 2022 - Sesi perjumpaan pertama antara kakitangan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BNS yang baharu, Kepten Ir. Azhar Jumaat (Bersara) telah diadakan dengan jayanya pada hari ini.
Perjumpaan yang diadakan mengikut kumpulan memberi peluang kepada semua peringkat kakitangan untuk melibatkan diri dalam sesi pertemuan tersebut. Acara bermula pada sebelah pagi dengan CEO mengadakan sesi pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa Kesatuan, diikuti dengan sesi bersama kakitangan Pengurusan Kanan dan selepas itu bersama dengan semua kakitangan eksekutif. Pada sebelah petang pula, beliau mengadakan sesi dengan semua kakitangan bukan eksekutif.
Dalam ucapan beliau, CEO menekankan tiga perkara utama sebagai perkara penting: perubahan dalam kuasa eksekutif syarikat, penstrukturan semula korporat dan pengambilan kakitangan di bawah satu syarikat. Selain itu, CEO juga menggesa semua kakitangan untuk menerapkan nilai I (integrity) dan Q (quality). Beliau percaya bahawa penerapan IQ yang tinggi dalam budaya kerja akan menarik elemen perniagaan lain yang positif seperti perniagaan yang menguntungkan, kepuasan pelanggan dan kecekapan tadbir urus. Ini selaras dengan moto beliau "Strive for quality delivery with an integrity mindset, the rest will fall into place".
Pada akhir setiap sesi, beliau membuka ruang untuk sesi soal jawab, memberi peluang kepada kakitangan untuk mendapatkan pemahaman penuh tentang hala tuju baharu syarikat. Ir. Azhar juga turut mengingatkan semua kakitangan supaya saling membantu, tidak mementingkan diri sendiri, berbuat kebaikan kepada orang lain serta menghayati semangat kekitaan. Kakitangan secara keseluruhannya berasa bersemangat dengan empati dan aspirasi yang ditunjukkan oleh CEO untuk memimpin Syarikat dalam suasana ekonomi negara yang mencabar.