PROGRAM VAKSINASI BAGI KAKITANGAN BOUSTEAD

Print
Category: Act 2021
Last Updated on 13 September 2021
Written by Administrator Hits: 120

 

 

PROGRAM VAKSINASI BAGI KAKITANGAN BOUSTEAD

                

 Picture1  Picture2    

Picture3  Picture4 Picture5                                                                                                            

 

Situasi COVID-19 di negara ini semakin meruncing dan pemberian vaksin kepada barisan hadapan ekonomi dilihat sangat mendesak untuk disegerakan khususnya dalam kalangan pekerja-pekerja industri.  Justeru, Boustead Holdings Berhad dengan kerjasama Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd telah menganjurkan satu program vaksinasi bagi warga Boustead. bertempat di Pusat Pemberian Vaksin, Seri Iskandar, Perak.

Seramai 50 kakitangan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) telah menerima vaksin semasa program yang berlangsung selama 4 hari iaitu mulai 25 Julai 2021 hingga 28 Julai 2021.  Beberapa kakitangan di bawah anak syarikat Boustead Holdings Berhad juga tidak ketinggalan menyertai program vaksinasi ini.

Kerjasama ini telah memudahkan usaha BNS bagi mempercepatkan vaksinasi untuk kakitangan syarikat untuk mencapai imuniti kelompok (herd immunity) dan mengurangkan bilangan kluster COVID-19 dalam kelompok tempat kerja.

Proses vaksinasi berjalan dengan lancar dengan penglibatan semua pihak dan telah tamat dengan jayanya pada 28 Julai 2021, jam 2 petang.