PROGRAM PEMERKASAAN ILMU BERSAMA CPKA

 

  

PROGRAM PEMERKASAAN ILMU BERSAMA CPKA

                      

cpka2

 cpka3  spps2    

 

16 Disember 2020 - BHIC Marine Technology Academy Sdn. Bhd. (BHIC MTA) telah menerima jemputan daripada Cawangan Penguasa Kejuruteraan Armada (CPKA) untuk memperkenal BHIC E-Learning kepada para pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam satu Program Pemerkasaan Ilmu anjuran CPKA. Program tersebut telah dijalankan di Pangkalan TLDM Lumut.

Sebelum program berlangsung, Encik Md Salleh Abdullah, Ketua Pegawai Operasi BHIC MTA terlebih dahulu telah membuat kunjungan hormat ke atas Pengarah CPKA iaitu Laksamana Pertama Ir. Ts. Franklin J. Joseph.

Taklimat Pengenalan BHIC E-Learning telah disampaikan oleh Encik Ahmad Nizam Makhtar, Pengurus Kanan Jabatan Sistem Maklumat Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS).

BHIC MTA dan BNS mengucapkan terima kasih kepada pihak TLDM kerana memberi peluang untuk memperkenalkan sistem e-pembelajaran BHIC E-Learning di samping mempromosikan pembelajaran secara dalam talian kepada warga TLDM.

 

 

SESI PERKONGSIAN PENGETAHUAN STATISTIK NEGERI PERAK DAN DAERAH MANJUNG

 

SESI PERKONGSIAN PENGETAHUAN STATISTIK NEGERI PERAK DAN

DAERAH MANJUNG

                      

 spps1  spps2    

 

15 Disember 2020 - Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perak telah hadir ke premis Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) untuk mengadakan satu sesi perkongsian pengetahuan bersama kakitangan BNS berkenaan Statistik Negeri Perak dan Daerah Manjung.

Sesi perkongsian pengetahuan ini telah disampaikan oleh Puan Nadia Marzuki, Penolong Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perak. Antara topik yang disampaikan oleh beliau ialah Perumahan dan Penduduk, Ekonomi, Sosioekonomi, Pekerjaan serta Pendapatan dan Perbelanjaan. Seramai 100 orang kakitangan telah menyertai sesi perkongsian pengetahuan tersebut.

BNS mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perak atas perkongsian yang menarik dengan kakitangan syarikat.

 

 

PROGRAM DERMA DARAH BNS

 

PROGRAM DERMA DARAH BNS

                      

 pddb1  pddb2  pddb3  pdbb4

 

24 Jun 2020 - Program Derma Darah anjuran Hospital Seri Manjung dengan kerjasama Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) telah diadakan di lobi pejabat BHIC Marine Technology Academy (MTA), Lokasi 05.  Perlaksanaan program ini adalah untuk membantu menampung keperluan bekalan tabung darah hospital tersebut.

Penganjuran Program Derma Darah di premis BNS bertujuan memberi peluang kepada kakitangan syarikat untuk menjalankan tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat.  Selain itu, syarikat juga menggalakkan kakitangan untuk menyertai program seumpama ini bagi mewujudkan warga kerja yang prihatin.

Seramai 59 orang penderma yang terdiri daripada kakitangan syarikat telah mendaftarkan diri untuk menderma darah.  Namun setelah menjalani saringan kesihatan, hanya 48 orang penderma yang berjaya untuk mendermakan darah mereka.  

 

KLINIK E-CENSUS DI BNS

 

KLINIK E-CENSUS DI BNS

                      

 klinik1  klinik2  klinik3  klinik4

 

7 - 11 Disember 2020 - Bersempena dengan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perak telah menganjurkan Klinik e-Census di Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) bertempat di Bilik Mesyuarat Kelisa.

Program yang berlangsung selama lima hari ini bertujuan untuk memberi bimbingan tentang tatacara pengisian borang yang dikenali sebagai e-Census di samping menggalakkan kakitangan BNS untuk mengisi maklumat secara dalam talian sejajar dengan situasi semasa negara yang sedang menghadapi pandemik COVID-19.

Kakitangan BNS mengambil peluang ini dengan menghadiri sesi Klinik e-Census tersebut mengikut jadual jabatan masing-masing. Mereka telah dibantu oleh para pegawai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perak untuk mengisi borang e-Census.

 

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia merupakan satu aktiviti statistik yang sangat penting untuk negara dan dilaksanakan pada setiap sepuluh tahun. Antara soalan disediakan dalam e-Census ialah soalan mengenai perumahan, kesihatan, gaya hidup dan hubungan sosial.

 

 

PERTANDINGAN FUTSAL JABATAN PENGELUARAN

 

PERTANDINGAN FUTSAL JABATAN PENGELUARAN  

                    

 f1  f2  f3  f4

 

7 Mac 2020 - Jabatan Pengeluaran buat julung kalinya telah menganjurkan satu pertandingan futsal secara tertutup untuk kakitangan mereka.  Pertandingan telah diadakan di Manjung Indoor Sports Arena, Seri Manjung.

Sebanyak tujuh pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut termasuk satu pasukan jemputan dari Jabatan Pembaikan Kapal.  Lebih menarik, Ketua Jabatan Pengeluaran iaitu Encik Mohd Fahizal Jaafar dan enam orang Ketua Unit turut menyertai pertandingan ini.

Objektif penganjuran pertandingan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan Jabatan Pengeluaran, mengekalkan kecergasan dan kesihatan tubuh badan serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan kakitangan.

Pasukan jemputan iaitu Pasukan Jabatan Pembaikan Kapal muncul sebagai johan dalam pertandingan ini dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50 berserta medal dan hamper diikuti naib johan oleh Pasukan Lokasi 08 yang turut membawa pulang hadiah yang sama.  Tempat ketiga pula dimenangi oleh Pasukan Lokasi 14 manakala tempat keempat dimenangi oleh Pasukan Lokasi 23 yang masing-masing menerima hadiah berupa medal dan hamper.

 

 

PERTANDINGAN FUTSAL JABATAN PENGELUARAN