LAWATAN ILMIAH KKBNS KE TAIPING BANDAR WARISAN

Print
Category: Act 2019
Last Updated on 07 November 2019
Written by Administrator Hits: 702

 

                                               

LAWATAN ILMIAH KKBNS KE TAIPING BANDAR WARISAN

 

   lkkbns1  lkkbns2  

lkkbns3  lkkbns4

 

26 Oktober 2019 - Seramai 53 orang kakitangan syarikat bersama ahli keluarga mereka telah mengikuti satu lawatan ilmiah ke Taiping anjuran Kelab Kakitangan Boustead Naval Shipyard (KKBNS). 

Objektif lawatan ke Taiping yang turut dikenali sebagai Bandar Warisan Negeri Perak ini adalah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman di samping untuk meluangkan masa sesama kakitangan dan ahli keluarga bagi mengeratkan hubungan silaturahim.

Perjalanan ke Taiping dari Seri Manjung telah bermula seawal jam 8.00 pagi.  Destinasi pertama yang dilawati oleh peserta ialah Zoo Taiping.  Zoo Taiping yang juga zoo tertua di Malaysia merupakan destinasi yang wajib untuk dikunjungi ketika berada di Taiping.  Zoo ini menempatkan ribuan ekor haiwan daripada pelbagaispesies.  Setelah kira-kira dua jam melawat Zoo Taiping, para peserta kemudiannya berhenti seketika untuk makan tengah hari dan solat Zohor. 

Selepas itu, para peserta melawat Muzium Perak yang merupakan muzium pertama ditubuhkan di Malaysia.  Muzium ini mempamerkan pameran berbentuk zoologikal, kebudayaan Melayu dan Orang Asli serta pameran koleksi kenderaan.

Destinasi seterusnya ialah Muzium Matang.  Koleksi di sini memperagakan artifak yang berkaitan dengan kronologi penubuhan dan penggunaan bangunan ini bermula daripada keluarga Cek Long Jaffar, Ngah Ibrahim, pemerintahan Inggeris, pendudukan Jepun, Maktab Latihan Perguruan Melayu Matang dan Sekolah Melayu.

Di penghujung sesi lawatan, para peserta berpeluang ke tempat makan popular di Kuala Sepetang untuk menikmati hidangan utamanya iaitu Mi Udang. Para peserta kemudiannya bergerak pulang ke Seri Manjung dan tiba dengan selamat pada pukul 8.30 malam.