LAWATAN POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH

Print
Category: Act 2019
Last Updated on 23 October 2019
Written by Administrator Hits: 774

 

                                               

LAWATAN POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH

 

   ptsb1  ptsb2  

ptsb3  ptsb4

 

10 Oktober 2019 - Seramai 70 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik serta tiga orang pensyarah daripada Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah telah mengadakan lawatan sambil belajar di Boustead Naval Shipyard (BNS).

Kehadiran rombongan telah disambut oleh Puan Sumathi Sangaran, Ketua Perhubungan Awam; Ir. Kamarul Azlan Md Bukhri, Ketua Sistem Elektrikal & Pemantauan dan Ir. Mohd Helmi Alsyukran Abd Malik, Ketua Bengkel Elektrikal daripada Jabatan Pengeluaran.

Objektif lawatan adalah untuk menambah ilmu pengetahuan kepada para pelajar mengenai sistem elektrikal di dalam kapal di samping memberi pendedahan kepada pelajar mengenai industri maritim.

Program lawatan dimulakan dengan sesi taklimat berkenaan Sistem Elektrikal di Dalam Kapal yang telah disampaikan oleh Ir. Kamarul Azlan Md Bukhri dan diikuti dengan lawatan ke persekitaran limbungan. Semasa lawatan tapak, para rombongan berpeluang melihat aktiviti pembaikan dan pembinaan kapal di limbungan ini.