LAWATAN KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA KEMAMAN

Print
Category: Act 2019
Last Updated on 23 October 2019
Written by Administrator Hits: 700

 

                                               

LAWATAN KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA KEMAMAN

 lkkk1  lkkk2

lkkk3  lkkk4

 

3 Oktober 2019 - Boustead Naval Shipyard (BNS) telah menerima lawatan daripada Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kemaman yang telah disertai oleh 14 orang pelajar Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Struktur Luar Persisir) dan dua orang pensyarah pengiring.

Lawatan diadakan bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan para pelajar serta memberi peluang kepada mereka untuk menimba pengalaman baharu melalui sesi lawatan industri.

Kehadiran para rombongan telah disambut oleh Encik Jamaluddin Abdullah, Ketua Perancangan Korporat dan Puan Sumathi Sangaran, Ketua Perhubungan Awam.

Program lawatan telah dimulakan dengan sesi taklimat di Auditorium dan seterusnya rombangan telah dibawa melawat ke persekitaran limbungan.