LAWATAN PANGLIMA TENTERA LAUT PAKISTAN

Print
Category: Act 2019
Last Updated on 23 October 2019
Written by Administrator Hits: 979

 

                                               

LAWATAN PANGLIMA TENTERA LAUT PAKISTAN

 

   ptlp1  ptlp2  

ptlp3  ptlp4

 

4 Oktober 2019 - Boustead Naval Shipyard (BNS) telah menerima kunjungan daripada Panglima Tentera Laut (PTL) Pakistan iaitu Admiral Zafar Mahmood Abbasi. Turut serta dalam kunjungan beliau ialah Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan Abdullah; Penasihat Pertahanan Pakistan di Malaysia, Commodore Ibrar Ishaque; Setiausahakepada PTL Pakistan, Commodore Ijaz Ahmed; Penasihat Pertahanan Malaysia di Pakistan, Kol Abu Hashim Jamaludin dan beberapa Pegawai Kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Kunjungan ke limbungan BNS ini merupakan salah satu program yang telah dirancang oleh pihak TLDM sempena lawatan rasmi PTL Pakistan ke Malaysia.  Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh Encik Mohd Sidek Zambri, Pengarah Operasi BNS dan Ketua-ketua Jabatan. 

Program lawatan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Operasi BNS dan diikuti dengan penyampaian taklimat syarikat oleh Kepten Mohd Yusof Ahmad Basri (Bersara), Ketua Jabatan Kejuruteraan.  Selepas itu, PTL Pakistan berkesempatan untuk menandatangani buku pelawat syarikat dan seterusnya para delegasi dibawa melawat ke persekitaran limbungan sebelum berangkat pulang.