LAWATAN JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN PERAK

Print
Category: Act 2019
Last Updated on 23 October 2019
Written by Administrator Hits: 773

 

                                               

LAWATAN JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN PERAK

 

   ljppp1  ljppp2  

ljppp3  ljppp4

 

3 Oktober 2019 - Boustead Naval Shipyard (BNS) telah menerima kunjungan seramai lima orang pegawai daripada Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Perak yang diketuai oleh Encik Mohd Napiah Haris selaku Pengarah JPP Perak.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh Puan Nurmasitah Mohamad Hamsusah, Ketua Jabatan Pengurusan Modal Insan dan Pentadbiran serta kakitangan jabatan.

Program lawatan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Operasi BNS iaitu  Encik Mohd Sidek Zambri.  Seterusnya, pihak syarikat dan pihak JPP Perak telah mengadakan satu sesi perkongsian maklumat mengenai sistem upah dan amalan terbaik yang dijalankan oleh BNS.

Program diteruskan dengan sesi lawatan ke persekitaran limbungan. Sesi penerangan semasa lawatan tapak telah dibantu oleh Encik Omar Abdul Rahim, Ketua Jabatan Kualiti dan Encik Mohd Fahizal Jaafar, Ketua Jabatan Pengeluaran.