MAJLIS MAKAN MALAM KKBNS 2019

 

MAJLIS MAKAN MALAM KKBNS 2019

                    

  MMKKBNS1  MMKKBNS2  

MMKKBNS3  MMKKBNS4

 

20 Disember 2019 - Satu Majlis Makan Malam KKBNS 2019 anjuran Kelab Kakitangan Boustead Naval Shipyard (KKBNS) telah diadakan di Dewan D’Enai, Seri Manjung dan dihadiri oleh 250 orang ahli kelab.

Majlis yang bertemakan smart casual ini diadakan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara ahli KKBNS yang merupakan kakitangan pelbagai jabatan dan anak syarikat berpangkalan di Lumut.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Presiden KKBNS iaitu Encik Rosman Haji Ramli.  Seterusnya, para hadirin mula menjamu selera dan kemudiannya para ahli kelab yang terpilih telah bermain beberapa permainan yang dirancang oleh penganjur.  Selain itu, pelbagai hadiah turut disediakan untuk acara cabutan bertuah.

 

 

LAWATAN DYAM RAJA DIHILIR PERAK DARUL RIDZUAN DAN ORANG BESAR JAJAHAN NEGERI PERAK

 

                                               

                      LAWATAN DYAM RAJA DIHILIR PERAK DARUL RIDZUAN DAN                       

ORANG BESAR JAJAHAN NEGERI PERAK

 

  OBJ1  OBJ2  

OBJ3  OBJ4

 

18 Disember 2019 - Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) telah menerima lawatan daripada Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Lawatan turut disertai oleh Orang-orang Besar Jajahan Perak Darul Ridzuan seramai 10 orang, Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan Abdullah; ADUN Pasir Panjang, YB Yahaya Mat Nor; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh dan beberapa Pegawai Kerajaan Daerah Manjung.

Keberangkatan DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan dan DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan di BNS telah disambut oleh Laksamana Madya Dato' Syed Zahiruddin Putra Syed Osman (Bersara), Ahli Lembaga Pengarah Boustead Heavy Industries Corporation Bhd dan Encik Mohd Sidek Zambri, Pengarah Operasi BNS serta kakitangan pengurusan BNS.

Dalam lawatan ini, DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan dan DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan bersama delegasi Orang Besar Jajahan Perak Darul Ridzuan telah diberikan taklimat berkenaan syarikat selain turut dibawa melawat ke sekitar limbungan BNS dan melihat aktiviti pembaikan kapal serta pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) yang sedang dijalankan di sini.

 

 

LAWATAN PEGAWAI-PEGAWAI BANK

 

                                               

LAWATAN PEGAWAI-PEGAWAI BANK

 

   lpb1  lpb2  

lpb3  lpb4

 

16 Oktober 2019 - Seramai 15 orang pegawai bank daripada tujuh buah bank telah mengadakan lawatan ke Boustead Naval Shipyard (BNS).

Lawatan diadakan bertujuan untuk meninjau perlaksanaan projek pembinaan Kapal Kombat Litoral (LCS)di limbungan BNS.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh Encik Mohd Sidek Zambri, Pengarah Operasi BNS; Ir. Azhar Jumaat, Pengarah Program LCS dan Ketua-ketua Jabatan.

Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat di Auditorium dan diikuti dengan sesi lawatan ke persekitaran limbungan. 

Antara lokasi yang dilawati ialah Lokasi 18, Lokasi 11A dan Lokasi 77/78.  Ketika lawatan tapak, para pegawai bank tersebut berpeluang melihat kerja-kerja pembinaan kapal LCS yang sedang giat dijalankan.

Seterusnya, delegasi pegawai bank telah dibawa melawat ke pejabat Jabatan Kejuruteraan Reka Bentuk LCS.  Program lawatan diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.

 

 

 

LAWATAN ILMIAH KKBNS KE TAIPING BANDAR WARISAN

 

                                               

LAWATAN ILMIAH KKBNS KE TAIPING BANDAR WARISAN

 

   lkkbns1  lkkbns2  

lkkbns3  lkkbns4

 

26 Oktober 2019 - Seramai 53 orang kakitangan syarikat bersama ahli keluarga mereka telah mengikuti satu lawatan ilmiah ke Taiping anjuran Kelab Kakitangan Boustead Naval Shipyard (KKBNS). 

Objektif lawatan ke Taiping yang turut dikenali sebagai Bandar Warisan Negeri Perak ini adalah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman di samping untuk meluangkan masa sesama kakitangan dan ahli keluarga bagi mengeratkan hubungan silaturahim.

Perjalanan ke Taiping dari Seri Manjung telah bermula seawal jam 8.00 pagi.  Destinasi pertama yang dilawati oleh peserta ialah Zoo Taiping.  Zoo Taiping yang juga zoo tertua di Malaysia merupakan destinasi yang wajib untuk dikunjungi ketika berada di Taiping.  Zoo ini menempatkan ribuan ekor haiwan daripada pelbagaispesies.  Setelah kira-kira dua jam melawat Zoo Taiping, para peserta kemudiannya berhenti seketika untuk makan tengah hari dan solat Zohor. 

Selepas itu, para peserta melawat Muzium Perak yang merupakan muzium pertama ditubuhkan di Malaysia.  Muzium ini mempamerkan pameran berbentuk zoologikal, kebudayaan Melayu dan Orang Asli serta pameran koleksi kenderaan.

Destinasi seterusnya ialah Muzium Matang.  Koleksi di sini memperagakan artifak yang berkaitan dengan kronologi penubuhan dan penggunaan bangunan ini bermula daripada keluarga Cek Long Jaffar, Ngah Ibrahim, pemerintahan Inggeris, pendudukan Jepun, Maktab Latihan Perguruan Melayu Matang dan Sekolah Melayu.

Di penghujung sesi lawatan, para peserta berpeluang ke tempat makan popular di Kuala Sepetang untuk menikmati hidangan utamanya iaitu Mi Udang. Para peserta kemudiannya bergerak pulang ke Seri Manjung dan tiba dengan selamat pada pukul 8.30 malam.

 

 

AKTIVITI SANTAI KKBNS: MENAWAN PUNCAK BUKIT 300

 

                                               

AKTIVITI SANTAI KKBNS: MENAWAN PUNCAK BUKIT 300

 

   mpb1  mpb2  

mpb3  mpb4

 

12 Oktober 2019 - Kelab Kakitangan Boustead Naval Shipyard (KKBNS) telah menganjurkan Aktiviti Santai KKBNS iaitu Menawan Puncak Bukit 300 yang telah diadakan di Bukit 300 Teluk Batik, Lumut.

Aktiviti ini telah disertai oleh 17 orang kakitangan syarikat serta ahli keluarga mereka.

Objektif penganjuran aktiviti ini adalah untuk menggalakkan kakitangan agar sentiasa cergas dan aktif di samping untuk mengeratkan silaturahim antara kakitangan. 

Sebelum pendakian dimulakan, para peserta terlebih dahulu melakukan pemanasan badan.  Perjalanan ke puncak Bukit 300 yang mengambil masa lebih kurang satu jam ini telah berjaya ditempuhi oleh peserta walaupun keadaan laluan agak sukar dan mencabar.  Setelah tiba di puncak bukit, para peserta masing-masing mengambil peluang berehat dan bersantai bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dan mendapat sambutan dalam kalangan ahli.