CABARAN MEMANCING KKBNS 2018

Print
Category: Act 2018
Last Updated on 15 January 2019
Written by Administrator Hits: 1400

 

  

CABARAN MEMANCING KKBNS 2018

CMKKBNS1  CMKKBNS2   CMKKBNS3

        CMKKBNS4  CMKKBNS5RBS3lbpkpm4

 

9 Disember 2018 - Buat kali keduanya dalam tahun 2018, Kelab Kakitangan Boustead Naval Shipyard (KKBNS) telah menganjurkan pertandingan memancing yang diberi nama Cabaran Memancing KKBNS 2018.  Pertandingan yang diadakan di persisiran laut berhadapan kafeteria Boustead Naval Shipyard (BNS) ini telah menarik penyertaan seramai 49 orang peserta termasuk kaum wanita.

Pertandingan telah dirasmikan oleh Presiden KKBNS iaitu Encik Rosman bin Haji Ramli. Turut hadir memeriahkan acara ialah Ir. Ee Teck Chee, Pengarah Operasi BNS.

Setelah lima jam pemancing membaling joran, akhirnya tuah memihak kepada Encik Mohammad Afifi bin Mohamad Azizi dari Jabatan HSE & Sekuriti yang telah berjaya membawa pulang hadiah utama wang tunai berjumlah RM500 dan sebuah basikal.  Beliau telah menaikkan hasil tangkapan iaitu ikan daun baru seberat 1.36 kilogram. 

Sementara itu, tempat kedua disandang oleh Encik Mohd Waliyuddin bin Abdul Kadir dari Jabatan Kejuruteraan Reka Bentuk LCS manakala tempat ketiga dimenangi oleh Encik Muhammad Na'im Najmi bin Ali dari Jabatan Pengeluaran – Pembaikan Kapal yang masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM300 dan RM200.