LAWATAN THE INSTITUTION OF ENGINEERS, MALAYSIA (IEM)

 

LAWATAN THE INSTITUTION OF ENGINEERS, MALAYSIA (IEM)

IEM1  IEM2

         IEM3    IEM4

 

 

20 Disember 2018 - Seramai 13 orang jurutera yang diketuai oleh Laksamana Muda Dato' Pahlawan Ir. Haji Jasan Ahpandi bin Sulaiman (Bersara) telah mengadakan lawatan ke Boustead Naval Shipyard (BNS).

Objektif lawatan adalah untuk meninjau fasiliti yang terdapat di BNS di samping untuk menambah pengetahuan berkenaan sistem elektrik di dalam kapal.

Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat berkenaan sistem elektrik LCS oleh Ir. Lau Yew Toong, Timbalan Pengarah Pejabat Pengurusan Program LCS bertempat di Auditorium.  Seterusnya delegasi dibawa melawat ke tapak pembinaan Kapal Kombat Litoral (LCS) dan Lokasi 11. Semasa lawatan tapak, delegasi telah diberi penerangan mengenai aktiviti yang sedang dijalankan.

 

 

 

 

 

LAWATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

 

  

LAWATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

LUTP1  LUTP2

        LUTP3  LUTP4RBS3lbpkpm4

 

13 Disember 2018 - Seramai 15 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan diiringi seorang pensyarah dari Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) telah mengadakan lawatan ke Boustead Naval Shipyard (BNS).

Lawatan ke BNS ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar dengan teknologi dalam industri pembuatan kapal.

Lawatan telah dimulakan dengan sesi taklimat di Auditorium dan diikuti lawatan sekitar limbungan.  Semasa lawatan sekitar limbungan, para rombongan telah dibawa melawat ke Lokasi 77 untuk melihat aktiviti pembinaan Kapal Kombat Litoral (LCS).

 

LAWATAN THE EMBASSY OF THE REPUBLIC OF SUDAN

 

  

LAWATAN THE EMBASSY OF THE REPUBLIC OF SUDAN

LTERS1  LTERS2

        LTERS3  LTERS4RBS3lbpkpm4

 

5 Disember 2018 - Boustead Naval Shipyard (BNS) telah menerima lawatan seorang kaunselor dari The Embassy of The Republic of Sudan.

Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat di Bilik Mesyuarat Jabatan Pembangunan Pengurusan Vendor.  Seterusnya, pelawat telah melawat ke persekitaran limbungan untuk melihat operasi dan fasiliti yang terdapat di BNS.  Antara lokasi yang dilawati ialah lokasi pembinaan Kapal Kombat Litoral (LCS), Lokasi 11, Lokasi 13 dan Pejabat Pengurusan Program LCS.

Selepas makan tengah hari, pihak syarikat telah mengadakan perbincangan dengan pelawat berkenaan peluang kerjasama dalam industri pertahanan.

 

CABARAN MEMANCING KKBNS 2018

 

  

CABARAN MEMANCING KKBNS 2018

CMKKBNS1  CMKKBNS2   CMKKBNS3

        CMKKBNS4  CMKKBNS5RBS3lbpkpm4

 

9 Disember 2018 - Buat kali keduanya dalam tahun 2018, Kelab Kakitangan Boustead Naval Shipyard (KKBNS) telah menganjurkan pertandingan memancing yang diberi nama Cabaran Memancing KKBNS 2018.  Pertandingan yang diadakan di persisiran laut berhadapan kafeteria Boustead Naval Shipyard (BNS) ini telah menarik penyertaan seramai 49 orang peserta termasuk kaum wanita.

Pertandingan telah dirasmikan oleh Presiden KKBNS iaitu Encik Rosman bin Haji Ramli. Turut hadir memeriahkan acara ialah Ir. Ee Teck Chee, Pengarah Operasi BNS.

Setelah lima jam pemancing membaling joran, akhirnya tuah memihak kepada Encik Mohammad Afifi bin Mohamad Azizi dari Jabatan HSE & Sekuriti yang telah berjaya membawa pulang hadiah utama wang tunai berjumlah RM500 dan sebuah basikal.  Beliau telah menaikkan hasil tangkapan iaitu ikan daun baru seberat 1.36 kilogram. 

Sementara itu, tempat kedua disandang oleh Encik Mohd Waliyuddin bin Abdul Kadir dari Jabatan Kejuruteraan Reka Bentuk LCS manakala tempat ketiga dimenangi oleh Encik Muhammad Na'im Najmi bin Ali dari Jabatan Pengeluaran – Pembaikan Kapal yang masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM300 dan RM200.

 

COMMUTING SAFETY SUPPORT PROGRAM 2018

 

  

COMMUTING SAFETY SUPPORT PROGRAM 2018

CSSP1  CSSP2

        CSSP3  CSSP4RBS3lbpkpm4

 

5 - 6 Disember 2018 - Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Modal Insan dan Pentadbiran, Boustead Naval Shipyard (BNS) telah menganjurkan program Commuting Safety Support Program (CSSP) 2018 yang telah disertai oleh sembilan orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi HSE dan 50 orang kakitangan syarikat.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk menilai tahap pengurusan perjalanan selamat di tempat kerja, membantu majikan melaksanakan program intervensi keselamatan pergi dan balik kerja melalui modul program CSSP, menilai semula tahap pengurusan perjalanan selamat majikan dan menilai tingkah laku penunggangan pekerja sebelum dan selepas program.

Program CSSP 2018 ini dibahagikan kepada dua fasa iaitu Fasa I dan Fasa II. Fasa  I telah berlangsung pada 5 Disember 2018 manakala Fasa II berlangsung pada 6 Disember 2018. 

Fasa I ini bertujuan untuk melakukan penilaian tahap pengurusan keselamatan perjalanan selamat serta sesi bimbingan kepada Ahli Jawatankuasa Tertinggi HSE.  Fasa II pula memberi keutamaan kepada kakitangan yang menunggang motosikal ke tempat kerja.  Beberapa slot taklimat dan aktiviti berkaitan motosikal dan pengurusan perjalanan selamat telah dijalankan dalam Fasa II ini.