Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan

Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan

Sempena UlangTahun Keputeraan DYMM Sultan Perak yang ke-59

Bersempena dengan Hari Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak yang Ke-59, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah berkenan menganugerahkan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-bintang dan Pingat-pingat Negeri Perak Darul Ridzuan. Penganugerahan ini adalah sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri Perak kepada mereka yang telah banyak menabur jasa-jasa serta menyumbangkan khidmat bakti kepada Negeri Perak Darul Ridzuan khasnya dan negara amnya. Sehubungan dengan itu, pihak Syarikat tidak ketinggalan untuk mencalonkan kakitangan-kakitangan Syarikat ini sebagai penerima Anugerah Darjah Kebesaran, Bintang, Pingat-Pingat Serta Tauliah Jaksa Pendamai Negeri Perak Darul Ridzuan.

Di antara kriteria asas yang telah diambilkira untuk pencalonan adalah seperti berikut:-


-Memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada Negeri Perak khasnya dan negara amnya.
-Pencalonan di kalangan anggota pertubuhan, persatuan, kebajikan, sukarela, sukan, sosial, agama, swasta dan lain-lain adalah berasaskan kepada sumbangan masing-masing kepada negara dan masyarakat.
-Mempunyai rekod perkhidmatan dalam Syarikat yang bersih dan cemerlang.
-Keutamaan diberi kepada calon-calon yang berumur lebih daripada 40 tahun.

Di atas usaha ini, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah berkenan untuk menganugerahkan darjah kebesaran kepala calon-calon yang dipilih oleh Syarikat.Istiadat Penganugerahan ini telah dilangsungkan di Istana Iskandariah yang berlokasi di Kuala Kangsar, Perak pada 12 dan 19 Disember 2015.

Pihak Syarikat dengan rasa bangganya mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua penerima di atas penerimaan Darjah Kebesaran, BIntang dan Pingat-Pingat Negeri Perak Darul Ridzuan pada tahun ini. Semoga dengan kurniaan ini, ianya menjadi satu motivasi untuk terus memberikan khidmat bakti, sumbangan, curahan tenaga dan idea dalam membentuk komuniti yang cemerlang dan unggul.

DARJAH AHLI MAHKOTA PERAK (AMP)

HAJI NASIR

Tn. Hj. Mohd Nasiruddin Bin Mat Som   

Penasihat Eksekutif Pejabat Pengarah Operasi

PN SUMATHI

Pn. Sumathi Sangaran

Ketua Jabatan Perhubungan Korporat dan Pentadbiran

EN FIRDAUS

En.Firdaus Bin Ramly @ Hashim

Jabatan Kualiti

EN SALIM EN JAAFAR

En. Mohamad Salim Bin Ghazali

        Jabatan Pengeluaran

En. Hamzah Bin Hj. Jaafar   

Jabatan Pengeluaran

 

PINGAT PEKERTI TERPILIH (PPT)

EN AHMADEn. Ahmadi Bin Ahmad Hanapiah

Jabatan Perkhidmatan Limbungan

EN JAAFAR 2En. Jaafar Bin Ahmad

Jabatan Perkhidmatan Limbungan

EN RAYMEEEn. Raymee Bin Mohd Arshad

Jabatan Perkhidmatan Limbungan