Majlis Anugerah Jasamu Dikenang - Long Service Award

  

Majlis Anugerah Jasamu Dikenang - Long Service Award

 

Manjung, 18 Disember - Bagi mengenang jasa-jasa dan pengorbanan kakitangan yang telah berkhidmat selama 15 tahun dan 20 tahun, satu majlis penganugerahan mengenang jasa kakitangan BN Shipyard telah diadakan bertempat di Grand Ball Room, Ritz Garden Hotel. Majlis yang buat julung kali diadakan ini, telah dihadiri lebih 200 kakitangan pelbagai jabatan dan unit. Kategori telah dibahagikan kepada dua iaitu Kategori Eksekutif dan Bukan Eksekutif bagi perkhidmatan 15 tahun dan 20 tahun.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan BN Shipyard, YBhg Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Ramli b. Hj Mohd Nor. Antara tetamu kehormat yang turut sama dalam majlis tersebut adalah Pengarah Operasi BN Shipyard, YBhg Datuk Ir. Yahya b. Hashim, Ketua Pembangunan dan Pengurusan Modal Insan Kumpulan BHIC, Puan Azlinda bt. Ahmad Zainal, YDP Kesatuan Boustead Naval Shipyard, En. Mohd Adros b. Noordin, Presiden Kesatuan Boustead Penang Shipyard, En. Mokhtar b. Sahid serta ketua-ketua jabatan BN Shipyard.

 

LSA LSA 2 LSA 3