Go Green Cycling Activity

 

Go Green Cycling Activity

SITIAWAN, 24 Oktober 2015 – Syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd telah menghantar seramai 18 penyertaan kepada Lions Club of Sitiawan sebagai sokongan dalam menjayakan Project Go Green tersebut. Aktiviti ini juga bertujuan mengutip dana dari hasil yuran sebanyak RM 5.00 bagi setiap penyertaan.

Project Go Green ialah aktiviti berbasikal mengelilingi sekitar kawasan Sitiawan yang bermula dari Sekolah Menengah Kebangsaan ACS, Sitiawan ke Kampung Serdang.

Lions Club of Sitiawan telah mencetus idea dengan mengambil langkah inisiatif bagi memupuk masyarakat sekitar untuk menjalani kehidupan yang sihat disamping dapat menderma bagi membantu golongan kurang upaya dan golongan pelajar-pelajar miskin. Hasil kutipan dari setiap penyertaan tersebut akan disalurkan dalam bentuk pakaian sekolah, alat tulis dan keperluan harian. Dengan adanya aktiviti sebegini  juga dapat mengurangkan trend zaman sekarang yang hanya  bersama gajet di rumah yang telah menular di setiap peringkat usia masyarakat zaman sekarang.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Dr. Sundrasan Muthoo selaku Pengerusi Projek bagi pihak Lions Club of Sitiawan