Ibadah Korban Sempena Hari Raya Aidiladha 1436H

 

 

IBADAH KORBAN & AQIQAH BADAN KEBAJIKAN ISLAM (BAKIN)

BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD SDN BHD 2015

 

LUMUT, 25 September - Program tahunan anjuran Bakin ini telah diadakan pada hari Jumaat dan hari raya haji kedua. Seperti biasa ibadah korban dilakukan bertempat di perkarangan Surau Diri Jumaat BNS dan dilaksanakan secara bergotong-royong oleh ahli-ahli Bakin yang terpilih sebagai petugas-petugas korban untuk tahun 2015. Sebanyak 9 (Sembilan ) ekor lembu yang mana 4 (empat) ekor adalah dari peserta-peserta  korban ahli-ahli Bakin dan 5 (lima) ekor dari sumbangan Syarikat untuk pekerja-pekerja atau setaf-setaf yang terpilih untuk dikorbankan pada tahun ini. Pihak Bakin juga menerima sumbangan seekor kerbau untuk dikorbankan oleh seorang ahli Bakin sendiri. Kesemuanya adalah berjumlah 10 (sepuluh) ekor untuk ibadah korban pada tahun ini.

   korban 2           edit 4