Acara Perbarisan Dan Perarakan Peringkat Daerah Manjung Sempena Hari Kebangsaan 2015

 

 

 

  

ACARA PERBARISAN DAN PERARAKAN

PERINGKAT DAERAH MANJUNG SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2015


 IMG 21989  Hari Kebangsaan 2015 IMG 2237
  

Manjung, 12 Sept  – Bersempena Hari Kebangsaan 2015 peringkat Daerah Manjung, Kerajaan Negeri Perak telah menganjurkan acara perbarisan dan perarakan peringkat daerah Manjung bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Manjung. Perarakan yang disertai 49 kontijen daripada agensi dan jabatan kerajaan serta swasta, sekolah dan pasukan beruniform menyertai acara tersebut.

Boustead Naval Shipyard khususnya telah menghantar 35 orang kakitangan pelbagai bahagian yang diketuai oleh Saudara Ahmadi bin Ahmad Hanapiah dari Jabatan Perkhidmatan Limbungan. Diatas kerjasama yang telah diberikan oleh peserta yang terlibat, Boustead Naval Shipyard telah dinobatkan sebagai juara dalam acara perbarisan dan telah memenangi wang tunai sejumlah RM 500.00. BN Shipyard telah diwakili oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran, Puan Sumathi Sangaran & Ketua Jabatan Pengurusan Modal Insan, Puan Adila Adrin bt Mahyuddin.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, YB Datuk Seri Diraja Dr Zambry bin Abdul Kadir. Turut bersama adalah ADUN Pasir Panjang YB Datuk Rasidi b. Ibrahim, Ahli Parlimen Lumut, YB Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran b. Abdul Hamid (B), Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Tengku Mohd Zailan b. Tengku Ahmad Shah serta wakil-wakil agensi dan jabatan kerajaan serta swasta.