Lawatan Kerja

 

       LAWATAN KERJA

 

Penasihat Pertahanan dari France – 14 April 2015

Colonel Sebastien Duzert Defense Equipment Attaché bersama YBhg Datuk Ir. Yahya bin Hashim, Pengarah Operasi BN Shipyard Sdn Bhd.   

  IMG 6248  IMG 6260

 

 Tim Pegawai-Pegawai Bank - 13 Ogos 2015

Tim pegawai-pegawai bank dari Maybank, Affin Bank, Affin Hwang Investment Bank, Kuwait Finance House, Ambank, BPMB, Bank Muamalat dan Bank Rakyat telah mengadakan sesi lawatan kerja ke BN Shipyard. Lawatan yang melibatkan 23 wakil bank ini bertujuan untuk melihat perkembangan terkini projek infra LCS yang sedang dalam pembinaan.

Pengarah Operasi, Laksma Datuk Ir. Yahya b. Hashim telah sudi untuk bersama-sama dalam sesi lawatan tersebut.Turut bersama adalah Ketua-ketua jabatan yang terlibat.

 tim  tim 1 

 

 Furniture Industry Technology Center ( FITEC ) - 8 September 2015

Firma dari Furniture Industry Technology Center ( FITEC) telah mengadakan sesi lawatan kerja ke premis BN Shipyard. Lawatan yang turut disertai oleh vendor-vendor yang bakal terlibat dalam projek LCS ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi usaha FITEC di dalam pelan tindakan penyediaan awal perlaksanaan projek bermula dengan strategi pengurusan projek, fabrikasi dan pemasangan, pengurusan projek dan materiel serta memahami termasuk menghalusi cabaran-cabaran yang akan ditemui semasa projek LCS dijalankan nanti.

Rombongan telah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif FITEC, YBhg Dato’ Abd Rahim b. Abd Ghani, turut bersama adalah Pengarah Operasi BN Shipyard, Laksma Datuk Ir Yahya b. Hashim (Bersara), Pengerusi Eksekutif OMAHAMS Corporation, Laksma Dato’ Ir Abdul Murad b. Omar (Bersara), Pengerusi Eksekutif MAMPRO Industries, YBhg Dato’ Hj Roslee b. Hj Hashim, wakil-wakil vendor dan pengurusan BN Shipyard.

 fitec fitec 4

     

 Pegawai Pejabat Keselamatan Kerajaan Malaysia - 15 Oktober 2015

JSPN

Pihak Urusetia Jawatankuasa Sasaran Penting Negeri (JSPN) Perak bersama dengan delegasi pegawai Pejabat Ketua Pengawai Keselamatan Kerajaan Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke BN Shipyard. Matlamat lawatan kerja ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara pihak JPSP, JSPN Perak dan pemilik Sasaran Penting selain daripada meninjau secara lebih dekat pengurusan di instalasi dan kompleks khususnya melibatkan isu keselamatan.

Rombongan telah diketuai oleh Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia, YBhg Dato' Aloyah binti Mamat dan Pihak Pengurusan BN Shipyard telah diketuai oleh YBhg Laksma Datuk Ir. Yahya b. Hashim (Bersara).

 JSPN 3  JSPN 4

 

Pemeriksaan Keselamatan oleh TIM Jawantankuasa Kecil Pemeriksaan 
Keselamatan Sasaran Penting Negeri Perak (JKPKSP) - 5 November 2015


JKSP

 

Pemeriksaan tahunan oleh pihak TIM Jawatankuasa Kecil Pemeriksaan Keselamatan Sasaran Penting Negeri Perak (JKPKSP) telah diadakan di premis BN Shipyard. Seramai 3 orang pegawai (JKPKSP) telah menghadiri sesi pemeriksaan tersebut yang diketuai oleh Encik Mohd Nawawi b. Deris, Penolong Pengarah Keselamatan Negeri Perak. Lawatan dan pemeriksaan diadakan bagi membincangkan mengenai kepentingan perkhidmatan, kesan kepada negara jika instalasi musnah, sistem keselamatan, keupayaan mengawal instalasi dan perancangan keselamatan untuk masa hadapan.

Rombongan telah disambut oleh Ketua Jabatan Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan, En. Samsudin b. Samui dan Ketua-ketua jabatan yang terlibat dalam sesi pemeriksaan tersebut. Selain itu, taklimat operasi dan keselamatan BN Shipyard turut diadakan selain membincangkan hasil daripada pemeriksaan dengan pihak JKPKSP.

JKSP 3 JKSP 2

 

Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) - 7 November 2015

MITI 1

Boustead Naval Shipyard telah dikunjungi oleh seramai 37 orang dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI). Lawatan yang diketuai oleh Pengarah Kanan Khidmat Pengurusan MITI, YBhg Dato’ Hanibah bt  Ab. Wahab ini telah disambut oleh Ketua Jabatan Pembangunan Pengurusan Vendor, Tn. Hj. Muhammad Fauzi b. Abd Kadir serta Ketua Jabatan Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran, Puan Sumathi Sangaran. Lawatan diadakan sempena Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan di Marina Island Pangkor Resort & Hotel, Lumut.

MITI 3 MITI 2

 

Ahli Lembaga Pengarah Furniture Industry Technology Center - 15 Disember 2015

FITEC BOD

Bagi memenuhi lawatan sempena Mesyuarat Lembaga Pengarah kali ke 4/2015, Syarikat Furniture Industry Technology Center Sdn Bhd (FITEC) telah membuat kunjungan ke BN Shipyard. Delegasi seramai 6 orang pegawai telah diketuai oleh Pengerusi FITEC, YBhg Pn. Hjh. Meriyam bt Abd. Majid. Rombongan telah disambut oleh Pengarah Operasi BN Shipyard, YBhg Datuk Ir. Yahya b. Hashim dan ketua-ketua jabatan yang terlibat. Rombongan seterusnya telah dibawa ke tapak projek LCS-Infra bagi memenuhi matlamat para delegasi.

 

decorative line 1