Ceramah Motivasi

 

 

 

Ceramah Motivasi - Ustaz Hisham bin Mohd Ali


IMG 3780
 

LUMUT, 8 Januari – Dalam memupuk perpaduan diantara kakitangan dan juga majikan, syarikat telah menganjurkan sesi ceramah motivasi yang buat julung kalinya diadakan diperkarangan parkir 102.

Penceramah Bebas Ustaz Hisham bin Mohd Ali dari Pantai Remis, telah dijemput untuk memberikan ceramah motivasi kepada seluruh kakitangan BN Shipyard. Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Operasi BN Shipyard YBhg Datuk Ir. Yahya bin Hashim dan dihadiri oleh seluruh kakitangan BN Shipyard.

 

 

  

 Ceramah Motivasi - Ustaz Ahmad Munawir bin Salehuddin

 

      ceramah 3      ceramah 2

 
LUMUT, 11 September - Suasana di premis BN Shipyard telah dimeriahkan dengan gelak tawa dari semua kakitangan berikutan ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh Al-Ustaz Ahmad Munawir b. Salehuddin. Beliau yang merupakan penceramah bebas telah diberi penghormatan daripada pengurusan syarikat untuk memberikan ceramah motivasi kepada semua kakitangan.