21 07 2022 LAWATAN DARI MAKTAB TURUS ANGKATAN TENTERA

21 07 2022 LAWATAN DARI MAKTAB TURUS ANGKATAN TENTERA

21 Jul 2022 – 21 Julai 2022 - Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) berbesar hati menerima 117 peserta daripada Maktab Tu rus Angkatan Tentera (MTAT). Para peserta terdiri daripada pegawai Angkatan Tentera dari tiga cabang perkhidmatan - darat, laut, dan udara termasuk pegawai dari beberapa negara luar. Pada tahun ini, lawatan diketuai oleh Komandannya, Brigedier Jeneral Dato' Hj. Semaon Hj. Marjuki, dan disambut mesra oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan BNS, Ts. Abd Ghani Japlus. Turut hadir bersama adalah En. Azhan Radiman dari Jabatan Komersial, En. Azmi Faried Mohd Arif dan Ts. Wan Muhamad Shukri Wan Ab Rahman dari Jabatan Kejuruteraan.

Sesi dimulakan dengan taklimat di Auditorium yang disampaikan oleh Ts. Abd Ghani Japlus mengenai latar belakang syarikat, peranan, keupayaan, strategi BNS dan cabaran dalam menyokong industri maritim dan pertahanan negara. Selepas sesi Soal Jawab, mereka kemudiannya dibawa melawat limbungan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang operasi dan kemudahan syarikat yang tersedia.

BNS berasa bangga kerana dipilih sebagai salah satu lokasi yang akan dilawati oleh MTAT setiap tahun. BNS berharap lawatan ini memberi manfaat kepada semua pegawai dan kami mengucapkan selamat maju jaya dalam kerjaya mereka.

 

 

 

04 - 08 07 2022 PEMINDAHAN PENGETAHUAN DAN TEKNOLOGI – TEKNOLOGI PEMBINAAN KAPAL LITTORAL MISSION SHIP

04   08 07 2022 PEMINDAHAN PENGETAHUAN DAN TEKNOLOGI LMS

08 Juai 2022 - Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) sukacitanya mengumumkan bahawa syarikat telah berjaya mengendalikan bahagian pertama daripada empat bahagian program pemindahan pengetahuan dan teknologi (TOKT) bagi Projek Pembinaan Kapal LMS. Program latihan ini secara langsung akan memberi manfaat kepada vendor tempatan dan pelanggan utama, TLDM .

TOKT ini adalah satu bentuk latihan yang berada di bawah tanggungjawab Program Kolaborasi Industri (ICP) BNS, yang merupakan salah satu bidang projek Littoral Mission Ship (LMS) yang telah dianugerahkan oleh kerajaan untuk pembinaan 4 buah kapal LMS di China. Latihan tertumpu kepada proses pembinaan kapal dan penggunaan teknologi maritim pada kapal LMS.

Seramai 12 peserta telah mengambil bahagian dalam latihan ini yang telah dijalankan dari 4 hingga 8 Jul 2022. Terima kasih diucapkan kepada BHIC MTA yang telah bekerjasama dalam menganjurkan program ini.

 

 

 

30 06 2022 KAKITANGAN BNS LULUS PEPERIKSAAN KOMPETENSI

30 06 2022 KAKITANGAN BNS LULUS PEPERIKSAAN KOMPETENSI

BNS mengucapkan tahniah kepada tiga kakitangannya yang telah lulus peperiksaan berkaitan kompetensi baru-baru ini. Dengan kelulusan ini, dua orang Penyelia Teknikal iaitu Encik Fazliaznita dan Encik Mohd Akhmal dari Bengkel Accommodation & Outfitting Jabatan Pengeluaran telah diiktiraf sebagai Penyelia Blasting & Painting bertauliah oleh Institute of Materials Malaysia (IMM) manakala seorang Eksekutif dari Jabatan HSE, Encik Amir Hakim telah diiktiraf sebagai Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan Bagi Ruang Terkurung yang dianugerahkan sebagai AGTES oleh NIOSH.

Pihak Syarikat sentiasa memberi kerjasama untuk mengatur lebih banyak program bertauliah bagi mengiktiraf kemahiran dan kepakaran pekerjanya dalam bidang berkaitan.

 

 

 

06 07 2022 KUNJUNGAN WAKIL IBU PEJABAT BANK MUAMALAT

06 07 2022 KUNJUNGAN WAKIL IBU PEJABAT  BANK MUAMALAT

6 Jul 2022 (Rabu) – Seramai 4 orang wakil dari Ibu Pejabat Bank Muamalat  Kuala Lumpur telah hadir ke Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi menjalin hubungan perniagaan bilateral. Ketibaan mereka telah disambut oleh Ketua Jabatan Kewangan dan Akaun, En. Azman Ismail dan Ketua Jabatan Pembaikan Kapal, En. Syed Ahyatuddin Shid Idris di hadapan Bangunan 102. 

Aktiviti dimulakan pada jam 11:30 pagi dengan lawatan ke sekitar BNS dan seterusnya berhenti seketika di tapak projek pembaikan dan peyelenggaraan kapal-kapal TLDM.  Para delegasi berkesempatan melihat sendiri pelaksanaan projek-projek senggaraan kapal di samping penjelasan Ketua Jabatan Pembaikan Kapal berkaitan bidang kerja senggaraan dan pembaikan kapal-kapal tersebut. Seterusnya taklimat oleh Ketua Jabatan Kewangan dan Akaun berkaitan pengurusan kewangan projek-projek telah diadakan di Bilik Mesyuarat Baung. Kunjungan berakhir pada jam 2:30 petang dengan sesi jamuan tengahari serta pemberian cenderahati dari BNS.

 

 

 

 

30 06 2022 KURSUS BERSEMUKA DARI PENYEDIA LATIHAN LUAR

30 06 2022 KURSUS BERSEMUKA DARI PENYEDIA LATIHAN LUAR 1 30 06 2022 KURSUS BERSEMUKA DARI PENYEDIA LATIHAN LUAR 2 30 06 2022 KURSUS BERSEMUKA DARI PENYEDIA LATIHAN LUAR 3

30 Jun 2022 - Pada penghujung suku kedua tahun ini, beberapa program latihan bersemuka telah dianjurkan oleh Unit L&D, Jabatan Pengurusan Modal Insan dan Pentadbiran Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) dengan kerjasama beberapa penyedia latihan luar. Kursus dianjurkan memerlukan kakitangan untuk melibatkan diri dalam latihan amali untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang subjek tersebut.

Antara beberapa kursus yang dianjurkan baru-baru ini ialah kursus Keselamatan Kimia dan Kawalan Tumpahan oleh Institut FMM, Authorised Entrant Standby Person (AESP) oleh NIOSH Manjung, dan Asas Pekerjaan Pertolongan Cemas (BOFA), CPR & AED oleh Pejabat Kesihatan Daerah Manjung. Semua kakitangan terpilih yang menghadiri program latihan bersemuka ini telah menunjukkan motivasi yang tinggi dan cenderung untuk berinteraksi ceria dengan tenaga pengajar dan rakan sekerja dari pelbagai jabatan sepanjang tempoh kursus.

Sementara itu, penglibatan kakitangan dalam kursus dalam talian juga diteruskan melalui beberapa platfom elektronik yang dibangunkan serta yang sedia ada seperti pusat ePembelajaran BNS, ePembelajaran BHIC, eLatih oleh HRDCorp, dan platfom daripada agensi lain. Selain itu, pengetahuan yang disampaikan dan dikongsi oleh jurulatih dalaman juga telah dimasukkan sebagai sebahagian daripada program latihan apabila didaftarkan untuk pelaksanaan dengan bukti dokumentasi perlu dimajukan kepada Unit L&D.

Sesungguhnya, BNS komited untuk sentiasa meningkatkan kemahiran modal insannya sama

ada semasa situasi normal baharu, endemik atau hampir normal untuk meningkatkan produktiviti, prestasi dan pemulihan perniagaan selepas PKP dan kesan wabak Covid19.