SESI PERTEMUAN BERSAMA VENDOR

Print
Category: DN 2021
Last Updated on 01 June 2021
Written by Administrator Hits: 104

                

SESI PERTEMUAN BERSAMA VENDOR

         

    spbv1 spbv2

    spbv3 spbv4

                                                                                                                                                                              

8 April 2021 - Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) dan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) telah menganjurkan satu program iaitu Sesi Pertemuan Bersama Vendor yang bertempat di Auditorium BNS.

Sesi ini merupakan platform bagi syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah Program Pembangunan Vendor (VDP) BHIC untuk bertemu dengan pihak pengurusan BHIC dan BNS bagi membincangkan perkara-perkara berkepentingan bersama.

Seramai 40 orang wakil vendor daripada 25 buah syarikat telah menghadiri program tersebut. Objektif penganjuran program ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara pihak BHIC/BNS dengan pihak vendor, membincangkan masalah yang dihadapi oleh pihak vendor di samping untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai projek-projek BHIC/BNS.

Semasa sesi berlangsung, Ketua Pegawai Eksekutif BHIC iaitu Encik Sharifuddin Md. Zaini Al-Manaf berpeluang menyampaikan ucapan aluan serta menyampaikan taklimat berkenaan syarikat. Selain itu, sesi ini turut disertai oleh Dato' Sri Mohammed Shazalli Ramly, Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings Berhad secara dalam talian. Turut hadir ialah beberapa orang kakitangan pengurusan BHIC/BNS.