LAWATAN FAST SHIP MANAGEMENT SDN. BHD.

Print
Category: DN 2021
Last Updated on 06 May 2021
Written by Administrator Hits: 157

                

LAWATAN FAST SHIP MANAGEMENT SDN. BHD.

         

    LFSM1 LFSM2

LFSM3 LFSM4

                                                                                                                                                                              

11 Mac 2021 - Seramai lima orang wakil syarikat Fast Ship Management Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Encik Zainudin Saad, Ketua Pegawai Eksekutif telah mengadakan lawatan kerja di Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS). Turut hadir ialah Kapten Sulaiman Ayop, Ketua Pegawai Operasi; Encik Muhamad Faez Ab Gani, Ketua Pegawai Kewangan dan dua orang lagi kakitangan mereka.

Kehadiran wakil syarikat tersebut telah disambut oleh Encik Azhan Radiman, Pengurus Jabatan Komersial. Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat kemudahan yang terdapat di limbungan BNS dan mengenal pasti keupayaan BNS dalam melaksanakan aktiviti pembinaan kapal.

Semasa lawatan tapak, wakil syarikat Fast Ship Management Sdn. Bhd. berpeluang untuk melihat kemudahan yang dimiliki BNS serta aktiviti kerja yang sedang dijalankan. Di akhir program lawatan, Ketua Pegawai Operasi BNS iaitu Encik Low Kok Chiang dan para pelawat berkesempatan mengadakan perbincangan mengenai peluang perniagaan.