LAWATAN DAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN OLEH JAWATANKUASA KECIL PEMERIKSAAN KESELAMATAN SASARAN PENTING

LAWATAN DAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN OLEH JAWATANKUASA KECIL PEMERIKSAAN KESELAMATAN SASARAN PENTING

         

 JKP

 

                                                                                                                                                                                  

13 Oktober 2021 - Lawatan dan pemeriksaan keselamatan oleh Jawatankuasa Kecil Pemeriksaan Keselamatan Sasaran Penting - JKPKSP Negeri Perak telah dilaksanakan di Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

Lawatan dan pemeriksaan keselamatan diatur untuk pertama kalinya pada tahun 2021 kerana kekangan oleh pandemik. Sesi ini dijalankan secara dalam talian melalui media Google Meet selama hampir 3 jam.

Sesi tersebut dihadiri oleh wakil dari Pejabat Keselamatan Besar Negeri Perak, sementara itu wakil dari BNS adalah Ketua Sumber Manusia & Pentadbiran, Puan Nurmasitah Binti Mohammad Hamsusah, Ketua Keselamatan, Encik Rosman Bin Ramli dan Ketua Pasukan Petugas, Kecemasan Jawatankuasa Protokol Respons, Encik Omar Bin Abd Rahim.

Mesyuarat maya itu didahului dengan ucapan dari Tn. Haji Mohamad Foudzli Bin Abdullah, Pengarah Keselamatan Kerajaan, Perak Darul Ridzuan. Ini diikuti dengan taklimat keselamatan BNS yang disampaikan oleh Encik Rosman. Program ini diteruskan dengan sesi soal jawab di mana beberapa pertanyaan berkaitan keselamatan syarikat dan COVID-19 diajukan oleh wakil jabatan kerajaan. Encik Rosman dan Encik Omar menjawab soalan yang diajukan oleh mereka. Sesi maya berakhir dengan jayanya pada pukul 11.30 pagi.

Menjaga persekitaran yang selamat dan sihat di tempat kerja selalu menjadi keutamaan BNS. BNS secara aktif memupuk dan mempromosikan budaya keselamatan dan kesihatan di kalangan pekerja. Ini adalah sebahagian daripada perbuatan biasa pekerja BNS di tempat kerja sepanjang tahun, untuk meminimumkan risiko di tempat kerja dan untuk melindungi pekerja dan kawasan persekitaran.

BHIC Group Human Capital Management dengan kerjasama BHIC Group Risk Management telah menganjurkan satu sesi taklimat bertajuk “SEKSYEN 17A AKTA SPRM 2009 -PENGENALAN KEPADA LIABILITI KORPORAT”

                

BHIC Group Human Capital Management  dengan kerjasama BHIC Group Risk Management  telah menganjurkan satu sesi taklimat bertajuk “SEKSYEN 17A AKTA SPRM 2009 -PENGENALAN KEPADA LIABILITI KORPORAT”

         

macc1 macc5

macc3 macc4

                                                                                                                                                                                  

BHIC Group Human Capital Management  dengan kerjasama BHIC Group Risk Management  telah menganjurkan satu sesi taklimat bertajuk “SEKSYEN 17A AKTA SPRM 2009 -PENGENALAN KEPADA LIABILITI KORPORAT” pada 16 Julai 2021 (Jumaat) jam 10.00 pagi . Webinar yang dijalankan secara atas talian melalui medium Microsoft Teams ini telah dikendalikan oleh wakil daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ps Thilak A/L Munusamy. 

Sesi ini telah diadakan selama 2 jam dan dihadiri oleh hampir 250 kakitangan dari Kumpulan BHIC. Kursus ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai latar belakang, takrifan serta intipati kesalahan yang terkandung dalam peruntukan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 (Liabiliti Korporat). 

 

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI OPERASI BNS KE ATAS ASISTEN KETUA STAF PERANCANGAN PEMBANGUNAN TLDM

                

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI OPERASI BNS KE ATAS ASISTEN

KETUA STAF PERANCANGAN PEMBANGUNAN TLDM

         

    khkp1 

                                                                                                                                                                                  

12 April 2021 - Ketua Pegawai Operasi Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) iaitu Encik Low Kok Chiang telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Laksamana Muda Mohamad Azuwan Harun, Asisten Ketua Staf Perancangan Pembangunan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di pejabat beliau di Markas Tentera Laut, Kuala Lumpur.

Turut menemani Ketua Pegawai Operasi BNS dalam kunjungan tersebut ialah Puan Sarimah Mat Isa dan Encik Musyrif Ashadi Ahmad Sobri daripada Kumpulan Pembangunan Perniagaan & Komersial BHIC.

Dalam pertemuan tersebut, Encik Low Kok Chiang berkesempatan untuk berbincang mengenai beberapa perkara berkenaan kerjasama antara pihak BNS dan TLDM. Di samping itu, beliau turut berpeluang mengucapkan tahniah kepada Laksamana Muda Mohamad Azuwan Harun atas perlantikan jawatan baharu yang disandang kini.

 

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI OPERASI BNS KE ATAS KOMANDER PASUKAN POLIS MARIN

                

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI OPERASI BNS KE ATAS

KOMANDER PASUKAN POLIS MARIN

         

    khpko1 

                                                                                                                                                                                  

15 April 2021 - Encik Low Kok Chiang selaku Ketua Pegawai Operasi Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu YDH Senior Asisten Komisioner Hj. Mohd Yusoff Mamat di pejabat beliau di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Turut serta dalam kunjungan ini ialah wakil daripada Kumpulan Pembangunan Perniagaan & Komersial BHIC dan Boustead Langkawi Shipyard Sdn. Bhd.

Kunjungan hormat ke atas Komander PPM ini bertujuan untuk beramah mesra di samping untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranan PPM serta meneroka peluang perniagaan dan kerjasama antara syarikat dengan pihak PPM.

 

SESI PERTEMUAN BERSAMA VENDOR

                

SESI PERTEMUAN BERSAMA VENDOR

         

    spbv1 spbv2

    spbv3 spbv4

                                                                                                                                                                              

8 April 2021 - Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) dan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) telah menganjurkan satu program iaitu Sesi Pertemuan Bersama Vendor yang bertempat di Auditorium BNS.

Sesi ini merupakan platform bagi syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah Program Pembangunan Vendor (VDP) BHIC untuk bertemu dengan pihak pengurusan BHIC dan BNS bagi membincangkan perkara-perkara berkepentingan bersama.

Seramai 40 orang wakil vendor daripada 25 buah syarikat telah menghadiri program tersebut. Objektif penganjuran program ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara pihak BHIC/BNS dengan pihak vendor, membincangkan masalah yang dihadapi oleh pihak vendor di samping untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai projek-projek BHIC/BNS.

Semasa sesi berlangsung, Ketua Pegawai Eksekutif BHIC iaitu Encik Sharifuddin Md. Zaini Al-Manaf berpeluang menyampaikan ucapan aluan serta menyampaikan taklimat berkenaan syarikat. Selain itu, sesi ini turut disertai oleh Dato' Sri Mohammed Shazalli Ramly, Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings Berhad secara dalam talian. Turut hadir ialah beberapa orang kakitangan pengurusan BHIC/BNS.