CERAMAH KESIHATAN MENTAL

 

 

CERAMAH KESIHATAN MENTAL

 

CKM1  CKM2

        CKM3  RBS3lbpkpm4CKM4

22 November 2018 -Jabatan Pengurusan Modal Insan & Pentadbiran dengan kerjasama Unit Psikiatri Hospital Seri Manjung telah menganjurkan Ceramah Kesihatan Mental yang bertempat di Auditorium. Program ceramah ini telah disertai oleh kira-kira186orang kakitangan.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang pencegahan dan pengesanan awal penyakit mental, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental untuk menjana kesihatan yang baik dan mengurangkan tanggapan dan stigma negatif berkaitan penyakit mental.

Ceramah ini terbahagi kepada dua slot iaitu slot pertama bertajuk “Pengurusan Stres” yang telah disampaikan oleh Dr. Murniyati Abd Wahid manakala slot kedua disampaikan oleh Dr. Vasanthi Periasamy dengan tajuk “Gejala-gejala Psikiatri dan Kemurungan”.

Program berakhir dengan sesi penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada kedua-dua penceramah.

 

TAKLIMAT KESELAMATAN KAKITANGAN BAHAGIAN SOKONGAN 4/2018

 

 

TAKLIMAT KESELAMATAN KAKITANGAN BAHAGIAN SOKONGAN 4/2018

 

TKKBS1  TKKBS2

        TKKBS3  RBS3lbpkpm4TKKBS4

14 November 2018 -Jabatan Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) & Sekuriti telah mengadakan Taklimat Keselamatan kali keempat bagi tahun 2018 kepada kakitangan Bahagian Sokongan bertempat di hadapan Bangunan 102.

Antara pengisian taklimat yang disampaikan oleh Encik Muhammad Syazwan bin Aziz, Ketua Unit HSE:

            • Mengingatkan kakitangan untuk melaporkan kejadian kemalangan di dalam atau di luar premis kepada pihak Unit HSE.
            • Mengambil inisiatif untuk menjaga kesihatan berkaitan ergonomik.
            • Memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) di lokasi yang telah ditetapkan.
            • Memastikan tiada sebarang halangan diletakkan berhampiran alat pemadam api dan fire hose reel.
            • Merokok di kawasan yang dibenarkan sahaja.

Berikut pula merupakan pengisian taklimat yang disampaikan oleh Encik Rosman bin Haji Ramli, Ketua Unit Sekuriti:

            • Memaklumkan mengenai penguatkuasaan peraturan sekuriti dan tahap akses pas keselamatan di Boustead Naval Shipyard (BNS).
            • Ruang parkir wanita yang telah disediakan hanya untuk kakitangan wanita.
            • Menukar kad pengenalan di pintu masuk Pangkalan TLDM bagi pas kad sementara.
            • Mengisi Borang Pengisytiharan Membawa Masuk Barang sekiranya ingin membawa komputer riba persendirian.
            • Menghantar nama kakitangan yang bekerja lebih masa kepada pihak Unit Sekuriti.
            • Kakitangan hendaklah sentiasa memakai pakaian seragam yang dibekalkan oleh syarikat dan memakai kasut bertutup ketika waktu bekerja.
            • Memaklumkan mengenai laluan sehala antara Lokasi 15 dan Lokasi 45.
            • Mengingatkan kakitangan untuk menghantar e-mel kepada Ketua Unit Sekuriti terlebih dahulu sebelum membawa masuk kenderaan ke dalam limbungan.
            • Kakitangan perlu mempunyai kebenaran untuk menaiki kapal.
            • Mengingatkan kepada kakitangan untuk tidak berada di kafeteria selepas jam 8.00 pagi.
            • Tidak memuat naik gambar kawasan projek ke dalam media sosial.
            • Kakitangan perlu memastikan kehadiran ke tempat kerja adalah sebelum atau pada pukul 8.00 pagi.

Sebelum berakhir, Pengarah Operasi BNS, Ir. Ee Teck Chee turut berkesempatan untuk berucap bagi mengingatkan kakitangan bahawa keselamatan diri di tempat kerja adalah tanggungjawab setiap kakitangan.

 

PROGRAM DERMA DARAH BN SHIPYARD

 

PROGRAM DERMA DARAH BN SHIPYARD

PDDBNS1  PDDBNS2

        PDDBNS3  RBS3lbpkpm4PDDBNS4

14 Ogos 2018 - Program Derma Darah anjuran Hospital Seri Manjung dengan kerjasama Boustead Naval Shipyard telah diadakan di ruang legar Bangunan 102.  Perlaksanaan program ini adalah untuk membantu menampung keperluan bekalan tabung darah hospital tersebut.

Penganjuran Program Derma Darah di premis Boustead Naval Shipyard bertujuan memberi peluang kepada kakitangan syarikat untuk menjalankan tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat.  Selain itu, syarikat juga menggalakkan kakitangan untuk menyertai program seumpama ini di luar bagi mewujudkan warga kerja yang prihatin.

Seramai 100 orang telah mendaftarkan diri untuk menderma darah.  Namun setelah menjalani saringan kesihatan, hanya 67 orang penderma yang berjaya untuk mendermakan darah mereka.  Para penderma terdiri daripada kakitangan syarikat, pelatih industri dan warga Tentera Laut Diraja Malaysia.

PROGRAM IBADAH KORBAN & AKIKAH 2018 BAKIN

 

PROGRAM IBADAH KORBAN & AKIKAH 2018 BAKIN

PIKABAKIN1  PIKABAKIN2

        PIKABAKIN3  RBS3lbpkpm4PIKABAKIN4

24 Ogos 2018 - Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1439H, Badan Kebajikan Islam Boustead Naval Shipyard (BAKIN) telah menganjurkan Program Ibadah Korban & Akikah 2018 bertempat di pekarangan Surau Diri Jumaat Boustead Naval Shipyard.  Program diadakan bertujuan untuk menunaikan tuntutan fardu kifayah dalam agama Islam.

Ibadah korban dan akikah yang bermula seawal jam 7.00 pagi ini dilaksanakan secara gotong-royong oleh ahli-ahli BAKIN.  Sebanyak empat ekor lembu telah dikorbankan dalam program ini.

Selepas selesai menyembelih,melapah dan memotong daging korban, ahli-ahli BAKIN seterusnya mula menyediakan bahan-bahan masakan untuk memasak hidangan jamuan makan tengah hari.

Pada pukul 12.00 tengah hari, kakitangan mula datang ke surau untuk menikmati jamuan makan tengah hari yang telah disediakan.  Daging korban yang diperoleh daripada program ini kemudiannya diagihkan kepada peserta korban dan akikah serta para petugas.

TAKLIMAT KESELAMATAN KAKITANGAN BAHAGIAN SOKONGAN 3/2018

 

TAKLIMAT KESELAMATAN KAKITANGAN BAHAGIAN SOKONGAN 3/2018

tkkbs1  tkkbs2

        tkkbs3  RBS3lbpkpm4

11 Julai 2018 -Jabatan Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) & Sekuriti BN Shipyard telah mengadakan Taklimat Keselamatan kali ketiga bagi tahun 2018 kepada para kakitangan Bahagian Sokongan bertempat di hadapan bangunan 102.

Antara pengisian taklimat yang disampaikan oleh Encik Rosman Bin Haji Ramli, Ketua Unit Sekuriti ialah peringatan kehadiran pekerja ke tempat kerja pada pukul 8.00 pagi dan tidak menamatkan kerja sebelum pukul 5.30 petang. Beliau memberitahu bahawa ruang parkir di dalam kawasan premis hanya untuk kakitangan berjawatan pengurus dan ke atas dan untuk kakitangan yang mempunyai pas perubatan sahaja.  Beliau turut meminta kakitangan untuk menghantar e-mel kepada Ketua Unit Sekuriti sebelum membawa masuk kenderaan ke dalam limbungan bagi tujuan membawa barang.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan tentang beberapa perkara penting iaitu kakitangan hendaklah sentiasa memakai pakaian seragam yang dibekalkan oleh syarikat di tempat kerja, menghantar borang pembaharuan kad pas sebulan sebelum tamat tempoh dan memastikan setiap kenderaan kakitangan mempunyai pas kenderaan.  Selain itu, beliau turut menegaskan supaya mematuhi peraturan di jalan raya serta peraturan di dalam kawasan BN Shipyard kerana BN Shipyard merupakan kawasan berstatus sasaran penting. Akhir sekali beliau mengingatkan kepada kakitangan untuk tidak berada di kafeteria selepas jam 8.00 pagi kecuali waktu rehat tengah hari.

Seterusnya, Encik Muhammad Syazwan Bin Aziz, Ketua Unit HSE pula menyampaikan taklimat berkaitan tanggungjawab kakitangan terhadap kesihatan dan keselamatan diri.  Selain itu, beliau meminta kakitangan yang terlibat dengan kemalangan sama ada di dalam atau di luar premis untuk melaporkan kejadian kemalangan tersebut kepada pihak HSE untuk rekod dan tindakan selanjutnya.