AUDIT PENSIJILAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI QE 5S

Print
Category: DN 2017
Last Updated on 16 March 2018
Written by Administrator Hits: 665

AUDIT PENSIJILAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI QE 5S

 dn1

dn2  dn3

15 Disember 2017 - BN Shipyard telah menjalani audit Persekitaran Berkualiti (QE) 5S bagi mengekalkan pensijilan QE 5S yang diperoleh sejak tahun 2009.  Sesi pengauditan pensijilan QE 5S telah dilakukan oleh dua orang juruaudit dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara.  Kawasan yang telah dilawati meliputi pejabat, bengkel, gudang dan kawasan persekitaran.

QE 5S bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal.  Pelaksanaan QE 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.

Hasil daripada sesi audit pada kali ini, BN Shipyard telah berjaya mengekalkan pensijilan QE 5S untuk tahun 2017 / 2018.  Oleh itu, diharapkan melalui pensijilan ini, amalan QE 5S akan terus menjadi budaya kerja bagi setiap kakitangan Syarikat.