PROGRAM DERMA DARAH BNS

Print
Category: DN 2019
Last Updated on 09 July 2019
Written by Administrator Hits: 1108

 

 

PROGRAM DERMA DARAH BNS

pddb1  pddb2

                                                              pddb3  RBS3lbpkpm4pddb4

 

26 Jun 2019 - Program Derma Darah anjuran Hospital Seri Manjung dengan kerjasama Boustead Naval Shipyard (BNS) telah diadakan di lobi pejabat BHIC MTA, Lokasi 05.  Perlaksanaan program ini adalah untuk membantu menampung keperluan bekalan tabung darah hospital tersebut.

Penganjuran Program Derma Darah di premis BNS bertujuan memberi peluang kepada kakitangan syarikat untuk menjalankan tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat.  Selain itu, syarikat juga menggalakkan kakitangan untuk menyertai program seumpama ini di luar bagi mewujudkan warga kerja yang prihatin.

Seramai 84 orang penderma yang terdiri daripada kakitangan syarikat dan pelatih industri telah mendaftarkan diri untuk menderma darah.  Namun setelah menjalani saringan kesihatan, hanya 64 orang penderma yang berjaya untuk mendermakan darah mereka.