BNS TERIMA JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PIT-STOP BUNKER HUB @ LUMUT
- DN 2019
- 31 January 2020
- Administrator
- Hits: 2260
BNS TERIMA JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PIT-STOP BUNKER HUB @ LUMUT
5 November 2019 - Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) telah menerima jemputan daripada Lumut Port untuk menghadiri Majlis Persamian Pit-Stop Bunker Hub @ Lumut bertempat di Lumut Maritime Terminal Sdn. Bhd., Kg Acheh, Sitiawan. BNS telah diwakili oleh Encik Azhan Radiman, Ketua Unit Komersial, Jabatan Pembaikan Kapal.
Majlis yang bermula pada pukul 10.00 pagi ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah Negeri Perak.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Laksamana Madya Dato’ Seri Panglima Mohammed Noordin Ali (Bersara) yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah Lumut Maritime Terminal Sdn. Bhd. dan YB Yahaya Mat Nor, ADUN Pasir Panjang serta beberapa jemputan khas yang lain.
Majlis ini diadakan untuk merasmikan usahasama Lumut Maritime Terminal Sdn. Bhd. dengan Tumpuan Megah Development Sdn. Bhd. dalam menyediakan kemudahan hentian untuk pengisian bahan api jenis Minyak Gas Marin (MGO) bagi kapal-kapal yang menggunakan Selat Melaka.
|
|