MAJLIS PENYERAHAN KAPAL KD LEKIR UNTUK SELENGGARAAN DOCKING ESSENTIAL DEFECT (DED)

Print
Category: CN 2018
Last Updated on 04 October 2018
Written by Administrator Hits: 1855

                     

                             MAJLIS PENYERAHAN KAPAL KD LEKIR UNTUK SELENGGARAAN                      

DOCKING ESSENTIAL DEFECT (DED)

 

DED1  DED2

DED3  DED4

6 September 2018 - Satu majlis penyerahan kapal KD LEKIR untuk selenggaraan Docking Essential Defect (DED) telah diadakan antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Boustead Naval Shipyard (BNS).

Sebelum pihak pengurusan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan, satu sesi taklimat keselamatan oleh Unit Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran telah diberi kepada anak-anak kapal.

Sijil Penyerahan Kapal telah ditandatangani oleh Pengarah Operasi BNS, Ir. Ee Teck Chee; Panglima Logistik Barat, Laksamana Pertama Ir. Franklin Jeyasekhar Joseph dan Pegawai Memerintah KD LEKIR, Kepten Abdullah Sani Bin Ismail TLDM.