MAJLIS PENERIMAAN KD PERANTAU
- CN 2018
- 15 January 2019
- Administrator
- Hits: 1002
MAJLIS PENERIMAAN KD PERANTAU
17 Disember 2018 - Majlis penerimaan KD PERANTAU telah berlangsung dengan jayanya di atas kapal KD PERANTAU. Sijil Penerimaan telah ditandatangani oleh Ketua Jabatan Pembaikan Kapal, Encik Mohd Sidek bin Zambri; Panglima Logistik Barat, Laksamana Pertama Ir. Franklin Jeyasekhar Joseph dan Pegawai Memerintah KD PERANTAU, Komander Azrul Nezam bin Asri TLDM. Majlis turut disaksikan oleh beberapa kakitangan Boustead Naval Shipyard (BNS), pegawai-pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta anak-anak kapal. KD PERANTAU telah selesai menjalani Docking Essential Defect (DED) di BNS selama lapan bulan bermula pada 4 April 2018. Kerja-kerja penyelenggaraan telah berjaya disiapkan dan diserahkan sebelas hari lebih awal daripada tarikh yang telah dipersetujui dengan TLDM.
|