31 05 2022 PEMETERAIAN KONTRAK TAMBAHAN KE 5 BAGI PEROLEHAN LITTORAL COMBAT SHIP DI ANTARA KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA DAN BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD SDN. BHD.

31 05 2022 PEMETERAIAN KONTRAK TAMBAHAN KE 5 BAGI PEROLEHAN LITTORAL COMBAT SHIP

31 Mei 2022 – Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) sukacitanya mengumumkan pemeteraian kontrak tambahan ke 5 bagi perolehan Littoral Combat Ship (LCS) di antara Kementerian Pertahanan Malaysia dan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS). Kontrak tambahan itu ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz dan Pengerusi BNS, YBhg. Dato’ Ahmad Nazim bin Abd Rahman.

Pemeteraian kontrak ini adalah selaras dengan keputusan Kabinet untuk BNS meneruskan projek LCS yang tertangguh sebelum ini. Ia juga menandakan pengaktifan semula secara rasmi pasukan projek untuk terus menyelesaikan apa yang telah dimulakan, iaitu menyerahkan kapal LCS kepada Tentera Laut Diraja Malaysia dan negara.

Kami di BNS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak serta pihak berkuasa, khususnya Kerajaan Malaysia atas kepercayaan yang diberikan kepada BNS untuk menyiapkan projek tersebut.

 

 

 

25 05 2022 PENGUMUMAN PELANTIKAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO) BARU BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD SDN. BHD.

PENGUMUMAN PELANTIKAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO) BARU BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD SDN. BHD.

Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) berasa bangga mengalu-alukan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru, Kapten Ir. Azhar Jumaat TLDM (Bersara). Beliau bukanlah asing dikalangan kakitangan syarikat kerana beliau telah menyertai Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) pada tahun 2016 dan memegang jawatan sebagai Pengarah Program LCS sejak tahun 2017. Beliau juga mesra dengan panggilan "Kept." di kalangan kakitangan dan pelanggan kumpulan BHIC.

Kami percaya bahawa pengetahuan, kebijaksanaan dan kepimpinan beliau dapat merapatkan jurang dan mengemudi BNS ke tahap yang lebih tinggi.