BNS METERAI PERJANJIAN KERJASAMA DENGAN UMT

Print
Category: CN 2019
Last Updated on 06 January 2020
Written by Administrator Hits: 1449

                 

                

BNS METERAI PERJANJIAN KERJASAMA DENGAN UMT

 

UMT

  

 

24 November 2019-Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) telah memeterai perjanjian kerjasama teknikal dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam satu Majlis Penghargaan Rakan Industri UMT 2019 anjuran universiti tersebut.

Majlis yang diadakan di TH Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor UMT iaitu Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar.  Majlis tersebut diadakan bagi menghargai sumbangan dan sokongan rakan-rakan industri UMT serta merapatkan lagi silaturahim antara mereka.  BNS merupakan antara rakan industri UMT, sebuah universiti berorientasikan pembelajaran dalam bidang maritim di Malaysia.

Semasa majlis berlangsung, sesi pertukaran dokumen perjanjian telah dilaksanakan oleh Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar bersama wakil BNS iaitu Kepten Mohd Yusof Ahmad Basri (Bersara), Ketua Jabatan Kejuruteraan. Sesungguhnya, syarikat berharap agar hubungan baik dengan pihak universiti dapat diperkukuh untuk meningkatkan pencapaian dalam aktiviti pembinaan dan pembaikan kapal.