MAJLIS PENERIMAAN KD LAKSAMANA HANG NADIM DAN KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL

Print
Category: CN 2019
Last Updated on 18 March 2019
Written by Administrator Hits: 1330

                                 

MAJLIS PENERIMAAN KD LAKSAMANA HANG NADIM DAN KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL

           

mpklhnkltaj1  mpklhnkltaj2

mpklhnkltaj3  mpklhnkltaj4

 

12 Mac 2019 - Majlis penerimaan KD LAKSAMANA HANG NADIM dan KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL telah berlangsung dengan jayanya di Jeti Terapung Boustead Naval Shipyard (BNS).

Majlis telah dihadiri oleh Panglima Logistik Barat, Laksamana Pertama Ir. Franklin Jeyasekhar Joseph; Pegawai Memerintah KD LAKSAMANA HANG NADIM, Komander Rosnan bin Isenin TLDM; Pegawai Memerintah KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL, Leftenan Komander Firdaus bin Mohd Hassan TLDM; Pegawai Memerintah Depot Senggaraan Armada Barat, Komander Mas Yuri bin Yusoff TLDM; Pemangku Pengarah Operasi, Encik Mohd Sidek bin Zambri; Ketua Jabatan Pembaikan Kapal, Komander Syed Ahyattudin bin Shid Idris TLDM; kakitangan BNS, pegawai-pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta anak-anak kapal.

Upacara menandatangani Sijil Penerimaan yang merangkumi tiga sesi dimulakan dengan upacara menandatangani Sijil Penerimaan Pembaikan Kecemasan KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL diikuti upacara menandatangani Sijil Penerimaan Pembaikan Slipping KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL dan yang terakhir upacara menandatangani Sijil Penerimaan Pembaikan Slipping KD LAKSAMANA HANG NADIM.

KD LAKSAMANA HANG NADIM dan KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL telah selesai menjalani rutin selenggaraan berjadual Slipping selama empat bulan bermula pada 16 November 2018 bagi KD LAKSAMANA HANG NADIM manakala KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL bermula pada 24 November 2018.  Kerja-kerja penyelenggaraan kedua-dua kapal tersebut telah berjaya disiapkan dan diserahkan tepat pada tarikh yang telah dipersetujui dengan TLDM.