BNS METERAI PERJANJIAN KERJASAMA DENGAN UMT

                 

                

BNS METERAI PERJANJIAN KERJASAMA DENGAN UMT

 

UMT

  

 

24 November 2019-Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) telah memeterai perjanjian kerjasama teknikal dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam satu Majlis Penghargaan Rakan Industri UMT 2019 anjuran universiti tersebut.

Majlis yang diadakan di TH Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor UMT iaitu Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar.  Majlis tersebut diadakan bagi menghargai sumbangan dan sokongan rakan-rakan industri UMT serta merapatkan lagi silaturahim antara mereka.  BNS merupakan antara rakan industri UMT, sebuah universiti berorientasikan pembelajaran dalam bidang maritim di Malaysia.

Semasa majlis berlangsung, sesi pertukaran dokumen perjanjian telah dilaksanakan oleh Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar bersama wakil BNS iaitu Kepten Mohd Yusof Ahmad Basri (Bersara), Ketua Jabatan Kejuruteraan. Sesungguhnya, syarikat berharap agar hubungan baik dengan pihak universiti dapat diperkukuh untuk meningkatkan pencapaian dalam aktiviti pembinaan dan pembaikan kapal.

 

MAJLIS SEDIA SERAH KAPAL KD TERENGGANU UNTUK SELENGGARAAN REFIT

                 

                

MAJLIS SEDIA SERAH KAPAL KD TERENGGANU UNTUK SELENGGARAAN REFIT

 

TRG Refit1  

TRG Refit2  TRG Refit3

 

19 September 2019 - Satu majlis sedia serah kapal KD TERENGGANU kepada Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) untuk menjalani selenggaraan berjadual refit telah diadakan antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan pihak BNS.  Majlis tersebut diadakan di Bilik Mesyuarat Arowana, Bangunan 102.

Sijil Sedia Serah Kapal telah ditandatangani oleh Pengarah Operasi BNS, Encik Mohd Sidek Zambri; Pemangku Panglima Logistik Barat, Laksamana Pertama Hj. Jailani Adnan dan Pegawai Jurutera Marin, Lt Ahmad Awadi Mat Saad TLDM.

 

MAJLIS PENERIMAAN FASA PERTAMA KD SRI INDERA SAKTI

                  MAJLIS PENERIMAAN FASA PERTAMA KD SRI INDERA SAKTI

           

mpfpksis1  

mpfpksis2  mpfpksis3

 

25 Jun 2019 - Majlis Penerimaan Fasa Pertama KD SRI INDERA SAKTI telah berlangsung dengan jayanya di Jeti Operasi Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.  Sijil Penerimaan telah ditandatangani oleh Pengarah Operasi Boustead Naval Shipyard (BNS), Encik Mohd Sidek bin Zambri; Ketua Staf Markas Logistik Barat, Kepten Haji Jailani bin Adnan TLDM dan Pegawai Memerintah KD SRI INDERA SAKTI, Komander Mohamad Sham bin Saimon TLDM.

Majlis turut disaksikan oleh beberapa kakitangan BNS, pegawai-pegawai TLDM serta anak-anak kapal.

KD SRI INDERA SAKTI telah selesai menjalani Docking Essential Defect (DED) Fasa Pertama di BNS selama dua bulan bermula pada 10 April 2019. Kerja-kerja penyelenggaraan telah berjaya disiapkan dan diserahkan tepat pada tarikh yang telah dipersetujui dengan TLDM.

 

MAJLIS PENYERAHAN KAPAL KD MAHAWANGSA UNTUK SELENGGARAAN DOCKING ESSENTIAL DEFECT (DED)

                 

                MAJLIS PENYERAHAN KAPAL KD MAHAWANGSA UNTUK SELENGGARAAN

                    DOCKING ESSENTIAL DEFECT (DED)

 

MH DeD1  

MH DeD2  MH DeD3

 

5 September 2019 - Satu majlis penyerahan kapal KD MAHAWANGSA kepada Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) untuk menjalani rutin selenggaraan berjadual Docking Essential Defect (DED) telah diadakan antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan pihak BNS. Majlis tersebut diadakan di Bilik Mesyuarat Arowana, Bangunan 102.

Sijil Penyerahan Kapal telah ditandatangani oleh Pengarah Operasi BNS, Encik Mohd Sidek Zambri; Pemangku Panglima Logistik Barat, Laksamana Pertama Hj. Jailani Adnan dan Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Komander Harisundar Rajoo TLDM.

 

MAJLIS PENYERAHAN KAPAL KD SRI INDERA SAKTI UNTUK SELENGGARAAN DOCKING ESSENTIAL DEFECT (DED)

                                 

                     MAJLIS PENYERAHAN KAPAL KD SRI INDERA SAKTI UNTUK SELENGGARAAN                      

DOCKING ESSENTIAL DEFECT (DED)

           

DED1  DED2

 

15 April 2019 - Satu majlis penyerahan kapal KD SRI INDERA SAKTI untuk menjalani rutin selenggaraan berjadual Docking Essential Defect (DED) telah diadakan antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Boustead Naval Shipyard (BNS).

Majlis menandatangani Sijil Penyerahan Kapal tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Arowana.

Sijil Penyerahan Kapal telah ditandatangani oleh Pemangku Pengarah Operasi BNS, Encik Mohd Sidek bin Zambri; Panglima Logistik Barat, Laksamana Pertama Ir. Franklin Jeyasekhar Joseph dan Pegawai Memerintah KD SRI INDERA SAKTI, Kdr Mohd Sham bin Saimon TLDM.