Majlis Kimpalan Ulung LCS
MAJLIS KIMPALAN ULUNG LCS | |
![]() |
![]() |
LUMUT, 12 Jun – Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd sekali lagi mengukir sejarah dalam industri berat negara dimana telah berlangsungnya Majlis Kimpalan Ulung Projek ‘ Littoral Combat Ships’ bertempat di Dewan Fabrikasi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd. Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Ramli Mohd Nor, Pengarah Operasi BN Shipyard Sdn Bhd, Datuk Ir. Yahya bin Hashim dan Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Dato’ Seri Kamarulzaman bin Hj Badaruddin. Kapal LCS yang dibina itu mempunyai keupayaan peperangan pelbagai dimensi dengan mempunyai daya tahan lasak yang tinggi terutama ketika mengharungi keadaan laut yang melampau. Antara ciri utama kapal tersebut ialah mempunyai kelajuan maksimum sehingga 28 knot dengan panjang keseluruhan kapal 111 meter serta dilengkapi beberapa senjata utama seperti sistem pelancar torpedo, sistem pelancar misil anitipermukaan, sistem pelancar misil antiudara dam meriam caliber sederhana bagi meningkatkan lagi kawalan keselamatan di perairan Negara. Aktiviti pembinaan, intergasi dan ujian ke atas kapal LCS akan dilakukan sepenuhnya di Lumut, yang mana pembinaan akan dilakukan secara modular iatu pembinaan kapal akan ditambahbaik dari setiap peringkat. Kapal pertama yang dikenali sebagai First Of Class Vesel dijangka diserahkan pada April 2019 yang mana kapal berikutnya selang setiap 10 bulan selepas itu. |